Rabu, 24 Oktober 2012

Noktah Pilu Seorang Amanda




I'm struggling to stay in this world, because everything just touches me so deeply. I'm not doing this for attention. I'm doing this to be an inspiration and to show that I can be strong. I did things to myself to make pain go away, because I'd rather hurt myself then someone else. Haters are haters but please don't hate, although im sure I'll get them. I hope I can show you guys that everyone has a story, and everyones future will be bright one day, you just gotta pull through. I'm still here aren't I ? - Amanda Todd

Amanda Todd yang lahir pada 27 November 1996 adalah mangsa buli siber ini yang akhirnya membunuh diri pada 10 Oktober 2012, akibat tekanan hidup yang terpaksa dihadapinya bersendirian.

Kisah pilunya bermula apabila gambar yang mengaibkan mangsa  tersebar di laman Facebook disebabkan oleh seorang lelaki yang cuba mengambil kesempatan kepadanya. Disebabkan perkara ini juga mangsa terpaksa lari dan berpindah ke beberapa tempat untuk mengelak dari berjumpa dengan lelaki tersebut..


Amat menyedihkan, Amanda kehilangan ramai kawan dan tidak disenangi oleh rakan-rakan disekolah.. Amanda berasa amat terasing.. Lelaki tersebut memaksa Amanda untuk melakukan perkara yang tidak elok untuk memuaskan hatinya... Amanda yang tiada pilihan kerana diugut dan lelaki ini juga banyak mengetahui hal perihal mangsa termasuk ahli keluarga, kawan-kawan dan alamat Amanda bersekolah. Lelaki ini juga pernah mengetuk pintu rumah mangsa pada pukul 4 pagi!

Lebih memilukan penjenayah sanggup membina satu laman Facebook Page dan meletakkan gambar seksi Amanda sebagai Profile picture untuk memalukan mangsa.. Sejak daripada itu, Amanda di benci dan dipinggirkan oleh rakan-rakan disekolah..

Sebulan sebelum kematian mangsa, Amanda sempat memuat naik satu video yang menerangkan kisahnya itu.. Mungkin kerana dia kehilangan ramai teman dan ketiadaan orang yang sudi mendengar luahan hati Amanda.. :(


Amanda Todd juga merupakan seorang yang sangat berbakat..



AzimVanieyllo : Trauma can be an ultimate killer.. Should be a lesson for us..


Selasa, 21 Ogos 2012

Fakta Filem Titanic Yang Tidak Diketahui!


1. Pengarah ‘Titanic’ James Cameron telah pergi melihat sendiri bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam untuk sekali..





2. Kebanyakkan syot kapal Titanic di lautan adalah tidak benar tetapi pengambarannya telah dilakukan di Baja, Mexico.. Kebanyakkan pelakon tambahannya adalah orang Mexico..

3. Filem ini telah menelan belanja sebanyak USD 200 juta (RM 613) juta dan mengutip keuntungan lebih daripada RM 6 bilion..

4. James Cameron sendiri yang telah melukis semua gambar dalam buku lakaran Jack.. Babak di mana tangan Jack kelihatan semasa melukis gambar Rose adalah tangan James Cameron..


5. Pada awalnya, pihak penerbitan mahukan Matthew McConaughey untuk watak Jack.. Tetapi James Cameron tetap mahukan Leonardo DiCaprio..


6. Gwneth Paltrow, Nicole Kidman, Madonna, Jodie Foster, Cameron Diaz dan Sharon Stone antara bintang yang di tawarkan untuk menjadi Rose selain Kate Winslet..

7. Gloria Stuart (meninggal dunia pada tahun 2010) adalah satu-satunya individu yang pernah hidup pada tahun 1912..

8. Gloria Stuart pelakon paling tua yang pernah di calonkan dalam Angerah Oscar untuk Best Supporting Actress..

9. Robert De Nero terpaksa menolak tawaran sebagai Kapten Smith kerana jangkitan penyakit gastrousus pada masa tu..

10. Pada awalnya, James Cameron tidak mahu meletakkan sebarang lagu dalam filem ini.. Tetapi James Hornor (pengarah muzik filem) telah meletakkan lagu My Heart Will Go On secara senyap-senyap..

11. Filem pertama yang di keluarkan dalam bentuk video (VSH) walaupun masih ditayangkan di pawagam ..

12. Paramounts terpaksa menghantar gantian filem kepada banyak panggung wayang kerana filem asal telah rosak akibat terlalu kerap dimainkan..

13. Kos pembinaan kapal RMS Titanic yang sebenar pada tahun 1912 adalah USD 7.5 juta,,bersamaan USD 120-150 juta pada tahun 1997..

14. Rekaan set kapal dalam filem ini telah di buat dan dipantau oleh syarikat pembuat kapal Titanic yang sebenar, White Star Line..

15. Babak dimana air menghancurkan ‘Grand Staircase Room’ hanya memerlukan sekali shot sahaja kerana keseluruhan set dan perabot musnah..

Grand Staircase Room
16. Set laut dalam filem ini hanya 3 kali sahaja..

17. Kebanyakkan pelakon dalam babak bilik enjin hanya berkentinggian 5 kaki,, supaya bilik enjin kelihatan besar..

18. Kepingan kayu yang membantu Rose terapaung selepas kapal Titanic terapung adalah berdasarkan artifak sebenar yang tersimpan di Muzium Maritim Atlantik di Halifax..

19. Tinggalan set yang ada selepas pengambaran di jual sebagai besi buruk..

20. Babak Jack dan Rose ‘terbang’ di depan kapal terpaksa di lakukan beberapa minit sebelum matahari terbenam untuk mendapat shot sebenar..

21. Air yang naik ke koridor saat kapal Titanic tenggelam seakan sejuk,, tetapi suhu air ketika Rose terapung di atas papan sebenarnya adalah 80 darjah selsius..

22. Semua pelakon tambahan di wajibkan untuk menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak..

23. Ketika Jack menyebut “Sit over there, on the bed. I mean couch!”, sebenarnya tidak ada di dalam skrip,, tetap Leonardo telah tersalah sebut.. Tetapi produksi menyukainya dan memutuskan untuk mengekalkan kesilapan tersebut..

24. Babak Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah di ilhamkan sendiri oleh aktres tersebut..

25. Babak ikan lumba-lumba berenang di tepi kapal adalah benar..

26. Kostum pada tahun 1912 yang dihasilan di dalam filem ini adalah bernilai USD 8.4 juta (RM 2 4 juta)..  Keseluruhannya memakan kos sebanyak USD 200 juta (RM 613 juta),, lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan!

27. Banyak jakuzi di bina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan..

28. Babak di mana ibu Rose, Ruth telah mengikat korset pada awalnya terbalik kerana Rose sepatutnya yang mengikat korset Ruth.. Namun para produksi mrasakan bahawa mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya Rose yang di ikat, metafora untuk menunjukkan betapa si ibu berkuasa untuk ‘mengikat’ kebebasan anak..

29. Babak kumpulan kugiran yang bermain muzik seingga kapal tersebut tenggelam adalah watak benar.. Kesemua ahli kugiran tersebut bersemadi di dalam kapal Titanic.. Begitu juga dengan watak Melly Brown,seorang isteri jutawan lombong yang kaya raya, Kapten Edward Smith iaitu kapten kapal dan ketua kugiran Wallace Hartley antara watak sebenar dalam tragedi Titanic..

Melly Brown versi sebenar
 

Kapten Edward Smith versi sebenar
30. Watak Jack dan Rose adalah ilham James Cameron sendiri..

31. Kate Winslet betul-betul melobi watak Rose walaupun pada awalnya James Cameron tidak berapa yakin dengan kemamapuan lakonannya..

Jumaat, 20 Julai 2012

15 Keistimewaan Kaabah Yang Tidak Diketahui




1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Subahannallah.. Betapa besarnya kuasa Allah SWT..

Sabtu, 16 Jun 2012

Ratu POP Madonna Kembali Menakluki Dunia! : MDNA



Album Madonna yang terbaru berjudul 'MDNA' merupakan anatara album berentak dance-club, pop, electronic dance dan dubstep yang terbaik pernah saya dengar!!

Dah lama Madonna tak muncul dengan album terbaru selepas kali terakhir terlibat dengan pembikinan album 'Hard Candy' (2008)..

Bagi saya album ini juga menjadi penanda aras bagi aliran muzik baru dunia dan menunjukkan karier Madonna dalam bidang seni ini tidak pernah terhenti (walaupun hampir lebih 30 tahun Madonna menjadi penyanyi)





Walaupun terpaksa bersaing dengan penyanyi-penyanyi baru yang bertenaga, Madonna masih dapat mengekalkan momentum, populariti dan kejayaan dengan penghasilan album 'MDNA' ini.. Madonna sentiasa  bergerak seiring dengan peredaran muzik semasa dan memenuhi kehendak generasi kini.. XD

Sempena kejayaan album MDNA, Madonna and the team akan mengadakan konsert jelajah dunianya yang terbaru iaitu MDNA World Tour! Maklum balas yang baik selepas bersembahannya di SuperBowl Halftime Show (click here) juga menjadi pemangkin supaya konsert tersebut di adakan..

Album yang dinaungi di bawah label Interscope dan Live Nation ini, mula di jual di seluruh dunia pada 23/3/ 2012..

Tracklist album MDNA:


1.  GIRL GONE WILD (Favourite Track!)
-merupakan single kedua dalam album ini selepas 'Give Me All Your Luvin'..
-muzik videonya pernah menimbulkan kontroversi apabila dilihat agak daring dan seksi...

2.  GANG BANG (Favourite Track!) -Explicit

3.  I'M ADDICTED (Favourite Track!)
-merupakan track kegemaran saya!
-saya suka beat electronic pada akhir track ini! Epicc!

4.  TURN UP THE RADIO (Favourite Track!)
-merupakan singlenya yang ketiga selepas 'Girl Gone Wild'


5.  GIVE ME ALL YOUR LUVIN' feat. NICKI MINAJ AND M.I.A. (Favourite Track!)
-merupakan single pertama daripada album ini..
-menggandingkan rapper Nicki Minaj dan penyanyi yang berasal dari Sri Lanka, M.I.A
-video muziknya antara yang sering di tonton di Youtube!

6. SOME GIRLS

7. SUPERSTAR (Favourite Track!)

8.  I DONT GIVE A' feat. NICKI MINAJ (Favourite Track!) -Explicit

9.  I'M A SINNER -Explicit

10. LOVE SPENT (Favourite Track!)
-track yang menjadi pilihan dan kegemaran daripada keseluruhan album ini oleh peminat-peminat

11. MASTERPICE (Favourite Track!)
-merupakan runut bunyi (OST) bagi filem pertama arahan Madonna sendiri, iaitu W.E.

12. FALLING FREE

Deluxe Addition : 


13. Beautiful Killer (Favourite Track!)

14. I F****d Up

15. B-Day Song feat.M.I.A. (Favourite Track!)

16. Best Friend (Favourite Track!)

17. Give Me All Your Luvin (Party Rock Remix) feat. LMFAO

*Ada juga terdapat kandungan lagu yang kurang sesuai untuk didengari.. Tapis dulu lagu sebelum dengar okeh! PARENTAL ADVISOR!



Sabtu, 26 Mei 2012

Road To KMNS! (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) 2012/2013

Arghh! Bulan Jun 2012, menjadi titik perubahan untuk saya berubah ke satu aras yang berlainan... Bulan ni jugak saya akan further study saya dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (Kuala Pilah).. Hehehehe..
Pointnyer sebab saya tak dapat tawaran untuk ke IPTA.. Bila dapat tahu saya tak dapat ke IPTA, rase frust sesangat... Macam the end of the world! Tapi dapat tawaran pergi Matrikulasi jer.. So, berbekalkan semangat nak belajar lagi, saya nekad nak join Matrikulasi ni...

Agak takut jugak biler dengar 'Matrikulasi' ni.. Ye lah,, ramai orang cakap, belajar dekat Matrikulasi ni susah... Subjek diorang tough,, ala-ala subjek mase sekolah menengah jugak.. Tapi lebih detail dan banyak sub-topic yang complex.. Mase pun compact... 1 tahun belajar kot...(ade jugak yang dua tahun) Memang kene pukul rata lar... T.T Huhuhu..

Silap hari bulan kalau tak dapat reach pointer yang dia nak (at least 3.5) memang susah lah nak sambung degree.. Ade jugak orang cakap, certain students Matrikulasi yang tak dapat pointer tu, 'kene lelong' dekat course degree yang bukan bidang diorang nak... Ataupun, kene repeat test...

Tapi hasil dia berbaloi lah... Masa untuk belajar dekat Matrikulasi pun memang singkat.. Tak payah tunggu sampai 3 tahun macam diploma... Keluar-keluar je dah boleh sambung degree..(Sama jugak macam STPM/Asasi/Foundation/Tahmidi).. Yang bestnyer, bila setiap semester kerajaan akan bagi elaun (dalam RM 1250.00) ^^,

Saya punya lah risau nak sambung Matrikulasi, sampai banyak kali jumpa Kaunselor sekolah mintak pendapat.. (Cikgu Aisyah, SMK Seri Pagi!) Sampai cikgu naik muak layan perangai cuak saya ni.. Hehehehe..

Alhamdulilah, dengan sokongan cikgu Kaunselor, saya bersemangat untuk sambung Matrikulasi.. ^^,

Belajar tak ada benda yang mudah.. Semuanya perlu dari bawah..
Belajar ini seperti seorang bayi yang hendak belajar berdiri..
Kadang-kadang kita akan terjatuh dahulu kerana hendak belajar berdiri, 
dan dari berdiri ini juga, baru kita boleh berlari...

Saya cuba berfikiran positif untuk hilangkan gemuruh dalam diri.. "Arhh! Students yang terkandas tuh yang tak nak belajar betul-betul.. Datang sana, main-main jer.. Aku bukan macam tuh.. Aku boleh buat lah!"

Students senior pun ade cakap, belajar dekat Matrikulasi memang tough, exam memang susah.. Tapi nak score 4 flat memang senang... Janji bila datang Matrikulasi mesti ade tujuan.. Belajar! Jangan risau sangat...

Tuuudiahh.. Barang-barang nak pergi Matriks.. Ade tak macam orang nak pindah rumah?? Hehehe..
Yang bestnyer, dekat Facebook saya, ada satu group yang ditubuhkan khas untuk bakal-bakal students Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2012/2013 (click here).. Dengan adenyer diorang, sedikit sebanyak boleh mengurangkan risau saya nanti.. Kat sini kiter orang share macam-macam.. Luahan rasa, masalah dan lain-lain.. Hahahaha! Diorang pun memang friendly and gila-gila! Saya dapat kenal ramai kawan-kawan baru,, datang dari pelbagai tempat... Kiter orang tak pernah jumpa pun, tapi macam dah lame kenal... ^^,

Group Facebook KMNS yang cukup meriah! Hahahaha!

Actually, saya nak share video dari students senior dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2011/2012 yang cukup menaikkan semangat saya!



Dan ini pula video dari rakan KMNS saya, Farhan, sebagai teaser tanda perkenalan dan muka-muka baru untuk Matrikulasi tahun 2012/2013! Enjoy!



Insyallah, i will strive the best.. and also my friends..!!


Jumaat, 4 Mei 2012

Ibu, Engkau Ratu Hatiku : Maafkan Adik, Ibu..




Hari ini selepas 9 bulan, benih yang di tanam ibu dan jejaka itu telah membuahkan hasil.. Hari ini buah cinta kalian telah terzahir, hari ini bukti kasih ibu kepada jejaka itu telah lahir.. Tapi kenapa jejaka itu tidak menyambut adik? Kenapa dia pergi? Kenapa dia tidak azankan adik?
Ibu pun, kenapa ibu bencikan adik? Ibu malu dengan adik ke? Apa salah adik, ibu?



Ibu, adik lapar.. Adik nak minum susu ibu.. Tapi, kenapa ibu tak nak susukan adik? Adik lapar sangat ibu.. Adik menangis kuat-kuat panggil ibu, tapi kenapa ibu tetap hiraukan adik? Ibu tak sayangkan adik ke?



Tiba-tiba ibu dukung adik, ibu kucup pipi adik, ibu belai adik dengan kelembutan tangan ibu.. Mata ibu mula berkaca-kaca dengan air mata.. Ya Allah, adik bahagia ibu! Kalau boleh adik nak sentiasa bersama dalam dakapan ibu.. Adik sayangkan ibu.. Tapi kenapa ibu menangis? Ibu takut adik tinggalkan ibu ye? Jangan risau ibu, adik janji, adik takkan tinggalkan ibu.. Adik sayang ibu..



Ibu, siapa perempuan ni? Kenapa dia ambil adik dari ibu? Perempuan ni bukan ibu adik.. Adik tak nak dia! Adik nak ibu.. Adik nampak ibu menangis.. Ibu jangan menangis ye.. Adik sayang ibu...



Ibu, perempuan ni nak bawak adik pergi mana? Adik tak nak! Ibu, tolong adik.. Jangan lepaskan adik, ibu.. Adik tak nak berpisah dengan ibu.. Adik sayangkan ibu.. Adik tak nak tinggalkan ibu..



Ibu, adik dekat mana? Kenapa tempat ni gelap? Ibu dekat mana? Busuklah tempat ni.. Adik dah tak boleh nak bernafas lagi dekat sini.. Ibu... Ibu.. Ibu..



Adik cuba cari ibu, tapi tak jumpa.. Adik takut, ibu.. Adik sorang-sorang dekat sini... Mana ibu? Adik dahaga sangat-sangat.. Adik menangis panggil ibu.. Tapi kenapa ibu tak datang? Ibu tak sayang adik lagi?



Ibu, badan adik dah menggigil.. Tempat ni sejuklah ibu.. Adik tak tahan lagi.. Ibu.. Ibu.. Ibu...



Ibu, ada semut api naik kat atas badan adik.. Makin lama, makin banyak yang datang.. Arghh! Ibu! Sakit ibu! Semut-semut ni gigit adik.. Sakitnya ibu.. Adik tak boleh halau semua semut tu dari gigit badan adik.. Ibu, datanglah.. Selamatkan adik.. Ibu jangan buat adik macam ni.. Adik perlukan ibu sangat-sangat.. Ibu... Sakit ibu... Ibu.. Ibu... Ibu...



Ibu, adik dah tak larat untuk menangis lagi.. Badan adik yang bengkak ni dah mula berdarah.. Suara adik pun dah hilang... Adik dah penat, ibu.. Tapi ibu tetap tak datang.. Tak apalah ibu.. Biarkanlah adik dekat sini.. Mungkin ibu memang bencikan adik.. Ibu, maafkan adik..



Tapi ibu, adik cuma ingin bertanya, apakah dosa adik pada ibu? Kenapa ibu terlalu bencikan adik sampai ibu sanggup biarkan adik keseorangan? Mengapa ibu? Tak terasakah sakit dan perit? Tak berbakikah kasih dan sayang? Atau tidak lagikah ibu berTuhan?



Ibu, maafkan adik, ibu.. Adik tak dapat nak balas jasa ibu yang telah melahirkan adik ke dunia ini.. Adik doakan supaya Tuhan mengampunkan segala dosa ibu.. Jangan risau, adik akan tunggu ibu di syurga nanti.. Adik sayang ibu..



*Hak cipta terpelihara  
Vanieyllo World

Khamis, 3 Mei 2012

Ibu, Engkau Ratu Hatiku : Hadiah Untukmu Ibu..





*Kisah ini adalah berdasarkan petikan email yang saya terima dari rakan Facebook.. Dikongsi untuk renungan anda semua..
Ikhlas ditujukan kepada insan yang tersayang, Mama, Kak Aisyah, Alim, Syafiqa, Arif dan DeqWan.. Abang sayangkan anda semua..
Juga di dedikasikan kepada sahabat saya yang sentiasa di hati..*

**********************************************************************************


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. 

Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. 

“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.

“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

“ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.

“Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi.

Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.

Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya.

Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.

Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.

Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.

Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan.

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”

“ Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.

“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.

Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

“Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.

“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi.

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.



“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu.

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.

“La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.

“Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.

“Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.

“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.

“Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian.

“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya.

“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.

“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz .

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi.

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah.

Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.

Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka.

Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.

“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

 “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.

“ Ada ” jawab Along pendek

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala.

“semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya.

Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

“ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.

Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.

Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

“Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.

“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.

"Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang.

Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

“Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?”

“Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi.

“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”

“Zam..kau ni…..”

“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu.

“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang Along.

“Abang Joe mana ni?”

“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .

 “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along.

“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”

“Bukan, minggu depan…”

“Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi.

“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu..Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.

Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya.

Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

 “Ha..hadiah….untuk… …ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.


 *********************************************************************************

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih.

Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya.

Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.

“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.