Jumaat, 4 Mei 2012

Ibu, Engkau Ratu Hatiku : Maafkan Adik, Ibu..




Hari ini selepas 9 bulan, benih yang di tanam ibu dan jejaka itu telah membuahkan hasil.. Hari ini buah cinta kalian telah terzahir, hari ini bukti kasih ibu kepada jejaka itu telah lahir.. Tapi kenapa jejaka itu tidak menyambut adik? Kenapa dia pergi? Kenapa dia tidak azankan adik?
Ibu pun, kenapa ibu bencikan adik? Ibu malu dengan adik ke? Apa salah adik, ibu?



Ibu, adik lapar.. Adik nak minum susu ibu.. Tapi, kenapa ibu tak nak susukan adik? Adik lapar sangat ibu.. Adik menangis kuat-kuat panggil ibu, tapi kenapa ibu tetap hiraukan adik? Ibu tak sayangkan adik ke?



Tiba-tiba ibu dukung adik, ibu kucup pipi adik, ibu belai adik dengan kelembutan tangan ibu.. Mata ibu mula berkaca-kaca dengan air mata.. Ya Allah, adik bahagia ibu! Kalau boleh adik nak sentiasa bersama dalam dakapan ibu.. Adik sayangkan ibu.. Tapi kenapa ibu menangis? Ibu takut adik tinggalkan ibu ye? Jangan risau ibu, adik janji, adik takkan tinggalkan ibu.. Adik sayang ibu..



Ibu, siapa perempuan ni? Kenapa dia ambil adik dari ibu? Perempuan ni bukan ibu adik.. Adik tak nak dia! Adik nak ibu.. Adik nampak ibu menangis.. Ibu jangan menangis ye.. Adik sayang ibu...



Ibu, perempuan ni nak bawak adik pergi mana? Adik tak nak! Ibu, tolong adik.. Jangan lepaskan adik, ibu.. Adik tak nak berpisah dengan ibu.. Adik sayangkan ibu.. Adik tak nak tinggalkan ibu..



Ibu, adik dekat mana? Kenapa tempat ni gelap? Ibu dekat mana? Busuklah tempat ni.. Adik dah tak boleh nak bernafas lagi dekat sini.. Ibu... Ibu.. Ibu..



Adik cuba cari ibu, tapi tak jumpa.. Adik takut, ibu.. Adik sorang-sorang dekat sini... Mana ibu? Adik dahaga sangat-sangat.. Adik menangis panggil ibu.. Tapi kenapa ibu tak datang? Ibu tak sayang adik lagi?



Ibu, badan adik dah menggigil.. Tempat ni sejuklah ibu.. Adik tak tahan lagi.. Ibu.. Ibu.. Ibu...



Ibu, ada semut api naik kat atas badan adik.. Makin lama, makin banyak yang datang.. Arghh! Ibu! Sakit ibu! Semut-semut ni gigit adik.. Sakitnya ibu.. Adik tak boleh halau semua semut tu dari gigit badan adik.. Ibu, datanglah.. Selamatkan adik.. Ibu jangan buat adik macam ni.. Adik perlukan ibu sangat-sangat.. Ibu... Sakit ibu... Ibu.. Ibu... Ibu...



Ibu, adik dah tak larat untuk menangis lagi.. Badan adik yang bengkak ni dah mula berdarah.. Suara adik pun dah hilang... Adik dah penat, ibu.. Tapi ibu tetap tak datang.. Tak apalah ibu.. Biarkanlah adik dekat sini.. Mungkin ibu memang bencikan adik.. Ibu, maafkan adik..



Tapi ibu, adik cuma ingin bertanya, apakah dosa adik pada ibu? Kenapa ibu terlalu bencikan adik sampai ibu sanggup biarkan adik keseorangan? Mengapa ibu? Tak terasakah sakit dan perit? Tak berbakikah kasih dan sayang? Atau tidak lagikah ibu berTuhan?



Ibu, maafkan adik, ibu.. Adik tak dapat nak balas jasa ibu yang telah melahirkan adik ke dunia ini.. Adik doakan supaya Tuhan mengampunkan segala dosa ibu.. Jangan risau, adik akan tunggu ibu di syurga nanti.. Adik sayang ibu..



*Hak cipta terpelihara  
Vanieyllo World

Tiada ulasan:

Catat Ulasan