Sabtu, 26 Mei 2012

Road To KMNS! (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) 2012/2013

Arghh! Bulan Jun 2012, menjadi titik perubahan untuk saya berubah ke satu aras yang berlainan... Bulan ni jugak saya akan further study saya dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (Kuala Pilah).. Hehehehe..
Pointnyer sebab saya tak dapat tawaran untuk ke IPTA.. Bila dapat tahu saya tak dapat ke IPTA, rase frust sesangat... Macam the end of the world! Tapi dapat tawaran pergi Matrikulasi jer.. So, berbekalkan semangat nak belajar lagi, saya nekad nak join Matrikulasi ni...

Agak takut jugak biler dengar 'Matrikulasi' ni.. Ye lah,, ramai orang cakap, belajar dekat Matrikulasi ni susah... Subjek diorang tough,, ala-ala subjek mase sekolah menengah jugak.. Tapi lebih detail dan banyak sub-topic yang complex.. Mase pun compact... 1 tahun belajar kot...(ade jugak yang dua tahun) Memang kene pukul rata lar... T.T Huhuhu..

Silap hari bulan kalau tak dapat reach pointer yang dia nak (at least 3.5) memang susah lah nak sambung degree.. Ade jugak orang cakap, certain students Matrikulasi yang tak dapat pointer tu, 'kene lelong' dekat course degree yang bukan bidang diorang nak... Ataupun, kene repeat test...

Tapi hasil dia berbaloi lah... Masa untuk belajar dekat Matrikulasi pun memang singkat.. Tak payah tunggu sampai 3 tahun macam diploma... Keluar-keluar je dah boleh sambung degree..(Sama jugak macam STPM/Asasi/Foundation/Tahmidi).. Yang bestnyer, bila setiap semester kerajaan akan bagi elaun (dalam RM 1250.00) ^^,

Saya punya lah risau nak sambung Matrikulasi, sampai banyak kali jumpa Kaunselor sekolah mintak pendapat.. (Cikgu Aisyah, SMK Seri Pagi!) Sampai cikgu naik muak layan perangai cuak saya ni.. Hehehehe..

Alhamdulilah, dengan sokongan cikgu Kaunselor, saya bersemangat untuk sambung Matrikulasi.. ^^,

Belajar tak ada benda yang mudah.. Semuanya perlu dari bawah..
Belajar ini seperti seorang bayi yang hendak belajar berdiri..
Kadang-kadang kita akan terjatuh dahulu kerana hendak belajar berdiri, 
dan dari berdiri ini juga, baru kita boleh berlari...

Saya cuba berfikiran positif untuk hilangkan gemuruh dalam diri.. "Arhh! Students yang terkandas tuh yang tak nak belajar betul-betul.. Datang sana, main-main jer.. Aku bukan macam tuh.. Aku boleh buat lah!"

Students senior pun ade cakap, belajar dekat Matrikulasi memang tough, exam memang susah.. Tapi nak score 4 flat memang senang... Janji bila datang Matrikulasi mesti ade tujuan.. Belajar! Jangan risau sangat...

Tuuudiahh.. Barang-barang nak pergi Matriks.. Ade tak macam orang nak pindah rumah?? Hehehe..
Yang bestnyer, dekat Facebook saya, ada satu group yang ditubuhkan khas untuk bakal-bakal students Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2012/2013 (click here).. Dengan adenyer diorang, sedikit sebanyak boleh mengurangkan risau saya nanti.. Kat sini kiter orang share macam-macam.. Luahan rasa, masalah dan lain-lain.. Hahahaha! Diorang pun memang friendly and gila-gila! Saya dapat kenal ramai kawan-kawan baru,, datang dari pelbagai tempat... Kiter orang tak pernah jumpa pun, tapi macam dah lame kenal... ^^,

Group Facebook KMNS yang cukup meriah! Hahahaha!

Actually, saya nak share video dari students senior dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2011/2012 yang cukup menaikkan semangat saya!



Dan ini pula video dari rakan KMNS saya, Farhan, sebagai teaser tanda perkenalan dan muka-muka baru untuk Matrikulasi tahun 2012/2013! Enjoy!



Insyallah, i will strive the best.. and also my friends..!!


13 ulasan:

  1. Tahniah dapat sambung belajar.. belajar elok2

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..ok boss! terima kasih ea! ^^,

      Padam
  2. jumpe di kmns jap lagi yerk! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha! okeyh2! kalo rase2 kenal, POKE2 la ea.. XD

      Padam
  3. hi saya bakal pelajar KMNS. Bolehkah saya tanya jika kita boleh mengambil seterika sendiri dan pengering rambut? Dan bolehkah saudara berkongsi aktiviti koku yang dijalankan di sana? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. bawak seterika dan pengering rambut sendiri tak boleh dik.. dekat asrama nanti akan disediakan seterika sendiri... pengering rambut memang tak boleh bawak.. huhuhu...
      Aktiviti koko pulak terdiri drpd tiga jenis.. ada unit beruniform (mostly berkawad lah.. hehehe), sukan/permainan (bola tampar, bola baling, tenis.. dll), dgn kelab persatuan.. salah satu daripada tiga jenis koko ni akan adik dapat.. yg best nyer aktiviti koko ni hanya dijalankan untuk satu sem jer:)

      Padam
    2. seterika memang x bleh bawak tapi budak2 senior bawak je...
      asalkan tak kantoi sebab felo jarang buat spotcheck.Hahaha sampaikan ada yang bawak water heater dengan peti ais mini lagik...Tapi adik2 jangan tiru aksi bebudak senget nih, kalau kantoi tanggung sendiri yep.

      Padam
  4. salam sy bakal pelajar kmns.nak tanya,pakaian pelajar lelaki utk ke kuliah dan kelas baju kemeja lengan panjang kan,kena plain ke?ada jalur boleh x ?takut tersalah beli je .tolong jawab..hehe thank you :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk minggu orientasi digalakkan plain.. tapi kalau takda, takpa.. bila kuliah atau kelas tutorial dibolehkan pakai ada jalur, janji warna cerah, jalur tak terlalu besar dan ketara, formal, sopan, tak bercorak dan berseluar hitam.. :)
      GOOD LUCK DI KMNS NANTI! <3

      Padam
    2. tq...lagi satu..,kena light colour je ke ?kalau brown boleh x?diorang concern sgt ke pasal colour baju nih?hehe takut nnt sy je colour lain dri org lain haha

      Padam
    3. boleh.. tp untuk awal-awal ni, pkai yg cerah-cerah.. jgn strike sgt.. bgantung kesesuaian hari apa adik pakai.. kalau perhimpunan, pakai colour formal.. warna hitam pun tak jadi masalah sebenarnya.. :) janji sopan dan formal.. jgn ade corak, atau ala-ala baju santai dah lah ea..

      Padam
    4. Sebenarnya tak de masalah nak pakai warna apa atau pattern apa, asalkan baju kemeja berlengan panjang.Cuma masa orientasi maybe pensyarah bahagian HEP akan sound sket..
      Pakai tie,kad matrix mesti gantung kat leher,kasut kulit, rambut pon slalu kena tegur,jadi time orientasi tu skema lah sket...Bila dah abis orientasi lantak la nak pakai apa asalkan baju kemeja dan nampak kemas k.

      Padam
  5. Nk tanya kalau nk bwk laptop mase first day boleh ke? ke x boleh?

    BalasPadam